Pages

Wednesday 24 April 2013

Cameron Highland

Hello ,Cameron Highland !

Siapa sangka lepas seminggu balik dari Singapore, boleh pulak aku pergi ke sini. :O
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dapat peluang ni. Bukan senang aku nak sampai sini. Ni pun sebab ada projek PRT. Supposely cari pasal floriculture, but in the end kami cuma dapat tangkap gambar je banyak pasal bunga2 kat situ. After that, we are a tourist ! 

(1)Orchid Nursery

(2)Cameron Tea Valley



(3)Rose Valley
Parking bayar kat Bangla RM3 -__- dan berjalan kaki ke Rose Valley. Bila sampai katanya tak boleh nak tolong explain kan so patah balik lalu kami pun bergambar. :P


(4) Rumah Orang yang ada Taman Bunga
Singgah kejap sebab ternampak pokok bunga matahari yang dia tanam. Amazing ! Besar !



(5)MARDI 
Cari cari bunga. Tangkap tangkap gambar. Makan ais krim strawberry. Coklat strawberry. Air strawberry.
Semua strawberry. Haha.

(6) Teh BOH
Tabik spring Onie n Wawa driver sebab mampu nak 'mendaki' jalan tu. Best dapat naik tapi malangnya hujan time tu. Jadinya sempat bergambar kat tepi2 jep then balik mencari hotel.


(7)Hotel Awan Biru
Not bad. Price affordable. Strategic place. Near Titiwangsa Hotel.

Makan kejap kat food court; harga murah ! Tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, daging merah. Nyum nyum. Semua lapar sangat kot time ni. HAHA. 

(8) Pasar Malam Brinchang
Menuju ke pasar malam berjalan kaki. BEST! Open only on Friday and Saturday night. Lucky WE. Dapat jalan shopping makanan. Beli strawberry.
Beli gloves. Beli baju bundle semurah RM 3!Beli beli dan beli :D

Day 2
(9)Time tunnel, Lavender Nursery
Lalu je tapi tak masuk. :P


(10)Kea Farm
Beli belah lagi. Baju+teh+buah kering+keychain+jambu strawberry+sayur2. Semua kat sini ada. Best shopping !


(11)Cameron Tea Valley-AGAIN !
Sambung photoshoot for the last time.


We love Teas. HAHA. Best friend's trip ever. Feels like a family trip. Warm and comfort. 
Love, Cameron( 21/4-22/4).









Tuesday 23 April 2013

Ipoh Mali !

Berjalan sebentar sehari di Ipoh , Perak. 
Apa ada kat Perak ni? 
Selain Sg Klah, Bkt Merah, Gambang, rasanya semua tempat aku dah pergi kat Perak. 
Tapi mana nak jalannya kat Ipoh pun tak tau. Tau nya Ipoh Parade je. :P

The aim : Menuju ke Cameron Highland,Pahang for study trip.Singgah sebentar kat rumah Wawa so that senang nak bertolak esoknya. 
Date : Day 1- 19.4.2013(Friday)

3 days 2 nights trip(include Cameron's trip)

Tinggal kat rumah Wawa. Wawa pun bawak gi isi perut jap kat gerai bawah pokok tepi padang bola. Hee
Inilah yang kami makan; Cucur Bonda,Laksa,Keropok Lekor.
Yang uniknya Cucur tu dia cicah ngan kuah kacang. Sedap !


Pastu Wawa bawak gi pusing tengok2 Ipoh jap. Aku macam pernah je jalan kat situ sebab dulu selalu je datang Ipoh sebab akak aku belajar kat Tronoh. Cumanya tak tau apa yg menarik kat situ.
The other keunikan nya is Nasi Vanggay. Ada Nasi Ganja gak tapi katanya ada beza sikit dari Vanggay. 

Ipoh Vanggay
Vanggay = Mali (Ipoh Vanggay !)

My Ipoh's Story
Pastu balik dah siap2 nak tidur. Aku lak nak mandi jap, saja je bukak tingkap bilik Wawa tu. Tak sangka lak diorang semua terkejut sampai menjerit kuat gila nampak aku. HAHAHA. Lawak gila ! Aku dah la sorang2 kat luar tu, berlari aku terkejut tengok diorang. Haih. Time tidur lak saja nak story,tak sangka Sentol tu aku memang selalu salah sebut. Hadoi. Dah banyak gelak baru sedar balik esok nak gi Cameron. So kena stop, dan gi tidur. 

Byebye Ipoh, Hello Cameron ! 

*To be continued : Cameron's Story

Monday 22 April 2013

Singapore trip - Part 2

The Singapore,Singapore Day !
2nd day lagi interesting sebab dapat jalan separuh Singapore. Tak dapat pergi semua tempat sebab tak sempat, kaki pun dah penat. Bertolak agak lambat guna kereta lalu jalan Tuas. Jauh sikit ikut situ plus tol mahal, tapi berbaloi sebab cepat sampai. Masuk Singapore ikut jep GPS, thanks to technology ! Sampai kat Suntec Mall dulu sebab ikut plan kakak nak jalan Singapore naik MRT.


So here is the ticket machine of MRT Station. Dengan yakin nya kami beli tiket menuju ke Bugis. Tapi sebenarnya dah salah sebab kena main tukar2 lane sebab ada 4 lane yang berbeza tuk MRT Singapore ni. Dan menakjubkan adalah kami beli 5 kali tiket yang sebenarnya boleh je topup kat mesin. Membazir 10cent=25 cent(MYR) setiap kali beli tiket tu. Banyak kali gak asyik tersilap beli,kali ke 5 baru lah pro. Hoho Dan aku sangat lah tertarik dengan setiap stesen MRT situ, high standard ! Bersih lagi sistematik . :O
Bagus sangat. Disiplin.

Kami menuju pula ke Bugis Street ! Lepas berhenti kat Bras Basah terpaksa jalan kaki sebab dah tersalah tren kan. Terpaksa jalan sikit sebab dah salah beli. Kalau tak terus sampai jep. 

The Bugis Street !
Wey, best shopping sini. Barang murah lagi high standard. Best quality. Kira berbaloi shopping kat sini.

Eating time :)
Bila berjalan tak ingat nak makan, bila dah mula lapar kedai apa pun jumpa main makan je. Haa, nothing special pun makan nasi briyani ayam goreng je kat sini. $12=RM30

The Arab Street
Meet an exciting and friendly tourist from Tokyo,Japan. Kalaulah aku amek phone num or email dia so that senang sikit kalau nak travel ke sana. Eceeh. Berangan kejap*

Stadium Indoor Singapore
Stesen MRT kat Stadium ni la yang paling lawa and stylo ! Stadium pun lawa je.
Tujuan ke sini : Melawat CNBLUE :P

CNBlue sila tunggu kami kat Malaysia ya ! ^_^

The Singapore City(Merlion, Marina bay, Esplanade, etc) 


The end Singapore trip 2 days(12/4-13/4). 
*Banyak lagi tempat tak pergi; Orchard Road,Hard Rock Cafe,Changi Airport, Sentosa Island. 
Need another 2 days. 
Its not enough but Im still feel grateful to be given this oppurtunity. Alhamdulillah ^_^












Singapore Trip - Part 1

 The Singapore Trip
  • The day : 11/4/2013 - 14/4/2013(Thurs-Sun)
  • Transport : Car and bus
  • Budget : RM1200(include hotel,transport,USS,passport,shopping,eat)
  • Hotel : Tune Hotel near Angsana mall
  • 2 people's trip (My sister and me ^_^)
Yeah, that's summarize things that I needed when I travel to Singapore . Heww. Rasa letihnya tak hilang lagi sampai sekarang. Tapi 2 hari kat Singapore memang tak cukup. Rasa tak puas lagi.

The First Day ....
Nothing much to share about because we are tired sitting in car for 4 hours - from KL to JB.
So sampai je just usha2 Johor Premium Outlet dan rehatkan diri untuk trip Singapore esok.

The Universal Studio's Day ...
Pukul 7 pagi kena ready kat bawah sebab trip ni kami naik bas khas yang tunggu kte orang kat bawah. Servis bas bagus sebab menepati masa & tak buat kami tunggu lama pun. Bila dah gerak, nak masuk negara orang kena lalu imigresen. First time lalu imigresen dan tengok tempat tu. Bagi passport untuk check, then berlari kejar orang yang naik bas yang sama sebab takut tersesat sebab tak tau platform mana nak dituju lepas check passport tu. Disebabkan kami lalu Woodlands, jalan punyalah sesak. Semuanya sebab ramai orang nak lalu imigresen Singapore ikut Woodlands ni sebab jalan ni lebih shortcut dan murah berbanding Tuas. Akhirnya dah lalu imigresen stuck lagi kat tgh jalan. Akhirnya 3 jam stuck, baru lah sampai USS. 

Its Universal Studio ! 

Siapa sangka akhirnya dapat aku sampai kat sini ! Alhamdulillah. My wish come true :D


Kedai makanan halal ada 3 je(tak silap aku) and kat Madagascar kami makan nasi ayam. Unique taste +delicious.
Price : about 20 dollars = RM50 per person. $_$

The Madagascar land

Kingdom of Far Far Away-Shrek

The Mummy 
Siapa sangka aku mampu naik High Speed Roller Coaster. Hewww. First and the last time aku naik benda tu. Sumpah tak nak naik lagi ! Laju gila nak mati.

Sci fi Place
Hanya mampu tengok jep. Tak sanggup nak naik. Aku ni cepat pening main benda pusing2 nih. High speed tu pun dah rasa nak muntah. Tak larat dah.

The most favourite place- Hollywood :D

The end of our journey for the first day. Agak kelam kabut kerana kena ikut timing bas, kalau tak kena tinggal. Back 7.30 pm, arived in JB 10.30 pm. 

To be continued......Singapore trip- Part 2